..PiliHaN HaTi..

AISYAH HUMAIRA’ -UNIC-

Wajah berseri pipi kemerahan
Engkau digelar Aisyah Humaira'
Namun bukan ingin ku bicarakan
Hingga dirimu jadi sanjungan
Tetapi merahnya darah perjuangan
Peniup semangat suami

Khabar al-ifqi satu titik pemula
Telah mencalar kebahagiaan
Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa
Insan yang mulia atau sahaya
Hatta dirimu ummahatul mukminin
Yang setanding al-mukatsirin

Usah ditanyakan mengapa
Lewatnya turun wahyu itu
Bagi membuktikan kepalsuan
Tuduhan seorang pendusta

Tapi lihatnya hikmahnya
Di sebalik tiap kejadian
Yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah
Mempersia-sia
Ketabahan seorang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan
Yang penuh mehnah ujian

Takkan terhidu harum mewangi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora

Engkau isteri sejati
Yang memangku Nabi
Saat hujung nyawa kan pergi
Sungguh beruntungnya dikau
Punyai suami yang amat
Mengasihi umatnya
Dia insan yang mulia
Kau semadikannya
Di ruang kamarmu

.:sEiNdAh sEnTuHaN:.

Seindah namaku kekal abadi, hasil pengiktirafan dari-Nya untuk diriku,Titipan kasih buat ayah bonda...termeterailah ikatan satu janji yang memberi gelaranku .:Siti Noraisyah Binti Kasri:. sebagai hambaNya didunia ini...dilahirkan di negeri Johor..pada tanggal 9 september 1987..menjadi ikatan diriku dan diriNya untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba yang kekal abadi sehingga hari pengakhiran...AMIN ya Allah..

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP